Saturday, November 2, 2013

Well I Wonder....

Assalamualaikum and hai3 sume~ :)

   Ermm kadang-kadang banyak jugak soalan bermain kat fikiran kan pasal sesuatu, seseorang. Like me right now. :) tertanya-tanya kat dia. banyak persoalannye... :/

   - Percaya tak dia kat aku? sejauh mane kepercayaan dia?
   - Happy ke dia ngan aku?
   - Dia nampak tak sayang aku pada dia?
   - Dia harapkan ape pada aku?
   - Boleh ke dia terima aku? Kesemuanye pasal aku.

   Banyak lg sebenarnye tapi tak terluah pulak. sebab banyak sangat jadi yang dapat terluah tula yangpaling utama sekali. :)

Okayyla sampai sini je untuk hari nie. Take sume. Assalamualaikum :D

Saturday, October 19, 2013

Besties, Brother, Boyfriend ( 3B )

Assalamualaikum n hai3 sume~ :)

    wahh lamenye dah tak blogging! hahaha terlupa laa ade blog! -__- ( umur sudah lanjut. itu normal )
hihhih. heyy, nampak takk tajuk a.k.a tittle kat ats tuu? haha. I wanna introduce someone to youu....

   Mohd Afiq b Ishak. he's the one who is my besties, my brother also now my boyfriend :) He always makes me laugh sampai tak ingat dunia. -.-' dengan dia, I am who I am. bangga dengan dia sebab dia berani jadi diri dia sendiri, tak perlu nak berlakon jadi orang lain.

    Nice person to know. he's a good friend, a caring brother walaupun kadang-kadang adela gak kesengalannye tuu mencabar kesabaran tapi yelahh, dia kan manusia biasa. He's perfect enough.Yes, maybe dia ade buat kesilapan tapi dia mampu untuk berubah. Hopefully, he will smile forever. Dalam pada dia nampak keras, well tak jugakk. dalam hati dia lembut. hahaha lelaki mane yang nak tunjuk lembut depan semua orang.

    For you incik Afiq, I'm glad that I met you as my friend, my brother also my boyfriend. Hopefully our friendship will stay forever. You're very nice, kind and caring friend that I knew. be happy, because you deserve it. yakin dengan diri sendiri, banyakkan berdoa dalam semua hal. May Allah bless you.... :)

   So that's it for today... jumpa lagi guys. take care. Assalamualaikum :D


Friday, July 19, 2013

Seimbas Mutiara Kata

"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman."
* "Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini"
* "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
* "Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang"
* "Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu"
* "Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah"
* "Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak"
* "Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan"
* "Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera"
* "Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat"
* "Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."
 * "Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat"
* "Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan"
 * "Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
* "Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh."
 * "Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api."
* "Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan."
* "Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda."
* "Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang."
* "Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."
* "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
* "Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
* "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

Sunday, July 14, 2013

Hi World!

Assalamualaikum n hai3 semua~

How are you today? Fine?? Alhamdulillah.. :D ermm, tak tau lah nak update pasal ape hari nie. Tapi rase nak update jugak! waaaarghh!!(semangat!!!!)  Okayy, even fika semangat gile hari nie, tapi fika still puasa okay? hahaha, jangan fikir bukan2. Pagi tadi tak sempat lak nak sahur. Celik2 mata je dah pukul 6.35 pagi! Sahur mendenye tuu.. -.-Padan muka fika sebab gi bantai tido pukul 1 lebih. Buat ape ntah pun tak tauu lahh! So hopefully, semangat nie dapat dipanjangkan sampai buka nanti yek? hihihi :)

Okayylah semua, that's all for today. :D Jaga diri baik2 tau, take care. Assalamualaikum ;)

-Fika-

Saturday, July 13, 2013

Ramadhan, Most Precious Month

Assalamualaikum sume n hai3!

Ermm, pejam celik, pejam celik dah masuk bulan Ramdhan dah kite kan? Woww cepatnye mase berjalan sekarang nie. o.O hihihi... Ape pun, rasenye belum terlambat lagi kan untuk fika wish selamat menyambut bulan Ramdhan al- Mubarak nie kepada semua kaum muslimin serta musliman :) Harap2 kite semua dapat tunaikan ibadah kite dengan lebih sempurna untuk taun nie kan. InsyaAllah...

Rase lain la pulak sambut Ramadhan taun nie. Sebab taun nie fika sambut tanpa family.kalau dapat sambut pun, mase balik Seremban je. erm.. tapi takpelah, at least dapat jugak sambut kan ;) perbezaan lainnye dulu fika sambut kat sekolah. Mase kat sekolah dulu, time bulan puasa nie sekolah wat Tadarus Al-Quran nand macam2 lg. Kat kampus, belajar macam biasa la jawabnye.huhu.. Tapi macam mane pun, bulan puasa tetap meriah dengan bunyi mercun tiap malam, Solat terawih beramai2, and ade bazaar Ramadhan. Seronokkan bulan puasa? mood pun rase tenang, rileks je. And yang paling pasti, yang mane takut hantu,jin syaitan selalunye tu, time bulan puasa kemain beraninye! sebab jin, hantu ngan syaitan kan kena ikat time bulan puasa.hahaha. Tapi kena ingat gak, time2 nie laa peluang besar nak kaut pahala banyak2. sape terlepas rugi tauu! Jadi, meh la kite sume lumbe2 cari pahala same2 yek?

Okayy, that's it for todayy! hihihi, next time I'm gonna update my blog again when I'm free. ;) thanks sebab sudi spend mase baca blog fika. sayang kamuu :* haha okayy, take care sume. Assalamualaikum :D

Sunday, July 7, 2013

From Seremban To Petaling Jaya

Assalamualaikum and hai3 sume ~

Sihat tak pembaca2 nie? kalau sihat, Alhamdulillah :) kalau tak pi mam ubat tauu. ;) Ermm hari nie nak balik Petaling Jaya dah. Kena balik kampus semula. :( Beratlaa rase nak tinggalkan rumah. Yelahh, bak kata orang, RUMAHKU SYURGAKU kan? Best macam mana pun kat tempat lain tp tetap nak jugak balik rumah sendiri akhirnye. Hihihi. ^.^ Hari Selasa ade presentation English pulakk. ermm ingat hari lepas balik dari kampus tu terus nak ke rumah kawan kat Gedangsa. Hari Rabu kan dah start puasa so kawan ajak puasa first kat umah dia. Sedih jugak sebab tak dapat sambut puasa ngan family. Inilah first time puasa takde diorang. :/ Tapi life kena teruskan jugakk. Ape pun jadi kasi redah ajelahh. ;) Mase hari first nak puasa nanti kampus cuti. Bestnyaaa! Hahaha, still lagi perangai cam budak sekolah. Alaa, sape jelahh yang tak suka cuti kann. Tipu lah tak suka. Hihi. Hipefully Ramadhan taun nie boleh kumpul pahala banyak2. Kena ringankan tulang nie. Belajar berubah sikit2. InsyaAllah. I hope I'm on my way to Hijrah. InsyaAllah... Semoga dimakbulkan :)

Okayy tu sajelah potpet untuk hari nie. Nanti free potpet lagi ye? hahaha. take care, papai and assalamualaikum :D
 -Fika-

Saturday, July 6, 2013

College Life

Assalamualaikum n hai3 sume~

hurmmm, lamenye tak update blog. nampak sangat malas. hihi -..- ape khabar? sihat takk?? ( caring nie )
urmm fika dah masuk college dah sekarang. rase macam sekejap je mase berjalan. pejam celi pejam celik dah habis sekolah dah rupenye. macam tak caye pun ade jugaklah. hahaha. banyak yang fika belajar kat sini, dunia baru fika nie. fika belajar utk lebih berdikari, tabah, andd banyak lagi lahh. hihihi. pastuu, fika dapat kawan baru jugakk. syukur Alhamdulillah, they are so adorable and friendly. nie pic2 fika and housemate2 fika. heee~



hihihi comel and cantik kan diorang? ade lagi housemate yg lain tp ade yg pemalu nk tangkap gambar, ade jugak time nie tengah bersiap nak pegi kampus. so ini ajelah yg sempat wat pose ala2 gwiyomi gituu! hahaha

okaayyy! that's all for today. :D nanti ade mase fika upload lagi. Assalamualaikum and love youuu ;*

                                     Fika